BOLEHKAH anda membaca fikiran? Proses membaca fikiran adalah lebih mudah daripada berfikir. Walaupun anda tidak terfikir mengenainya, tetapi anda membaca fikiran orang lain dan tanpa anda sedari, mereka juga membaca fikiran anda setiap hari.
Anda tidak perlu mengetahui mana-mana bahasa untuk menyatakan ‘saya sukakan awak’ atau ‘saya fikir awak seorang yang penting’. Anda tidak perlu untuk mengenali perkataan atau menggunakan perkataan-perkataan untuk menyatakan ‘Saya sukakan pekerjaan saya’ atau ‘Saya lapar’. Kita sebenarnya telah mengungkapkannya melalui sikap dan gerak geri kita tanpa mengeluarkan kata-kata.
Bagaimana kita berfikir digambarkan melalui bagaimana kita bertindak. Segala tindakan kita mencerminkan fikiran kita. Kita dapat membaca fikiran seseorang yang duduk di hadapan kita. Kita dapat mengesan perasaannya, bagaimana dia rasakan terhadap pekerjaannya. Bukan itu sahaja, sebenarnya kita dapat membaca fikirannya.
Sikap yang betul akan lahir tindakan yang betul ...
Seorang pelakon yang mahir, yang bergiat dalam filem dan televisyen contohnya, di satu segi bukanlah sekadar berlakon. Dia telah hilang identiti diri dan biasanya berfikir dan menjiwai watak yagn dilakonkannya.
Segala tindakan kita sebenarnya menggambarkan maksud yang lebih daripada yang sebenarnya. Kita membaca segala tindakan melalui luahan rasa, nada suara dan maklum balas daripada orang lain.
Sejak berjuta-juta tahun, manusia berkomunikasi sesama mereka melalui tubuh badan, memek muka dan bunyi, bukannya perkataan. Kita masih berkomunikasi dengan sikap dan perasaan kita terhadap manusia dan benda-benda melalui cara yang sama.
Menurut Prof. Erwin H.Schell, seorang tokoh di Amerika yang sangat mementingkan kekuasaan dan kepimpinan berkata, “Jelas bahawa ada sesuatu yang lebih penting daripada kemudahan dan kecekapan yang dilakukan dengan sempurna.”
Dia mempercayai dalam hubungan ini, dia bolehlah dimaksudkan dengan sikap yang ada dalam diri. Jika sikap kita betul, kebolehan kita akan mencapai tahap keberkesanan yang maksimum dan hasil yang memuaskan akan menyusul.
Sikap-sikap tertentu dalam membuat sesuatu boleh menghasilkan kejayaan. Sikap yang betul dapat membuatkan anda berhubungan dengan orang lain secara berkesan. Selain daripada itu, membolehkan anda menjadi seorang ketua atau pemimpin yang baik. Sikap-sikap yang sesuai dan baik membolehkan anda berjaya dalam setiap situasi. Amalkan tiga sikap ini.
* Tanamkan sikap ‘saya seorang yang bersemangat dan berkeupayaan (activated).* Amalkan kata-kata terhadap orang lain yang bermaksud dia adalah penting.* Amalkan sikap mengutamakan perkhidmatan.
Untuk mengaktif dan mengghairahkan seseorang dalam membuat sesuatu, anda terlebih dahulu perlu ada keghairahan.
PANDUAN MEMBINA KEGHAIRAHAN
* Selami secara mendalam terhadap sesuatu yag dilakukan
Amalkan ini untuk bekerja di masa-masa yang akan datang jika anda mendapati diri anda bosan terhadap sesuatu pekerjaan. Teruskan menyelami dan ini bermakna anda menyelami minat.
* Tumpukan perhatian dalam segala pekerjaan
Dalam segala pekerjaan yang dilakukan, tunjukkan kesungguhan. Semasa berjabat tangan, jadikan seolah-olah tangan anda berkata ‘Saya gembira mengenali anda’ atau ‘Saya gembira berjumpa dengan awak semula’. Ukirkan senyuman anda, tunjukkan kesungguhan semasa melakukannya.
* Hebahkan berita baik
Khabarkan suatu berita baik dan ini dapat menarik perhatian orang lain. Berita baik berperanan lebih daripada untuk menarik perhatian. Ia dapat membina keghairahan dan menghasilkan keputusan yang baik. Menghebahkan berita baik akan memberi keghairahan kepada anda dan membuatkan anda dan orang lain merasa selesa.
TIMBULKAN SIKAP ‘ANDA ADALAH ORANG YANG PENTING’
Ini adalah suatu kenyataan yang jelas. Setiap individu mahu dirinya dianggap penting. Berusahalah ke arah kejayaan untuk memenuhi keinginan anda. Psikologi, agama, undang-undang dan kepelbagaian budaya individu bertapak atas faktor kepentingan dan kepercayaan individu.
Sebagai contoh, anda menaiki kapal terbang peribadi dan kemudian terhempas di sebuah pergunungan semasa dalam perjalanan. Setelah berita mengenai kemalangan ini tersebar, suatu operasi mencari dan menyelamat dilakukan. Tiada persoalan timbul yang menanyakan ‘Adakah anda seorang yang penting’. Tanpa mengenali siapa diri anda, operasi menyelamat berjalan secara besar-besaran dan menelan belanja yang besar sehingga mereka menjumpai anda.
Kebanyakan kita berfikir orang tertentu tidak dapat berbuat apa-apa untuknya. Ini bermakna kita menganggapnya tidak penting.
Walau bagaimanapun terdapat individu yang membuat kesilapan biasa dalam kes ini. Ada di antara mereka yang hanya mementingkan status dan kekayaan dan berusaha ke arahnya melalui anda.
Bertindaklah agar anda berkeyakinan terhadap diri sendiri. Orang yang tidak mempunyai perasaan yang mendalam terhadap pentingnya diri mereka adalah orang yang sedang berhadapan dengan sesuatu yang negatif. Suatu perkara yang sentiasa mesti diingati,anda mestilah merasakan diri anda penting untuk mencapai kejayaan. Bantulah orang lain untuk merasakan diri mereka penting kerana itu akan membuatkan anda merasakan diri lebih penting. Cuba dan lihat hasilnya.
Berikut adalah panduan untuk melakukannya.
- Latihkan diri sentiasa berterima kasih
Jadikannya suatu peraturan untuk memberitahu orang lain bahawa anda menghargai apa yang mereka lakukan untuk anda. - Jangan sekali-kali membiarkan sesiapa pun merasakan dirinya hanya memenuhi kehendak anda. Cubalah belajar membuat penghargaan dengan bersungguh-sungguh dan senyuman mesra. Senyuman anda akan membuatkan orang lain tahu anda menghargai dan bersopan terhadap mereka.
- Latihkan membuat penghargaan dengan membiarkan orang lain tahu bagaimana anda menyokong dan mempertahankan mereka.
- Latihkan membuat penghargaan dengan jujur dan sedikit pujian. Manusia amat terpengaruh dengan pujian – tidak kira peringkat mana umur mereka. Mereka mahu memastikan yang mereka melakukan sesuatu yang baik dan membuktikan mereka adalah penting.
- Jangan bazirkan masa dan fikiran untuk mengklasifikasikan seseorang sebagai ‘orang yang sangat penting’, ‘orang yang penting’ atau ‘orang yang tidak penting’. Setiap individu sama ada pengutip sampah atau yang berjawatan tinggi dalam sesebuah syarikat adalah penting bagi anda. Mengandaikan seseorang sebagai kelas kedua tidak sekali-kali akan membawa kebaikan.
- Latihkan memanggil seseorang dengan namanya
Manusia suka dia dipanggil dengan namanya. Dua perkara utama yang anda perlu ingat: panggil nama dan mengejanya dengan betul. Jika anda tidak dapat memanggil atau mengejanya dengan betul, individu tersebut akan terasa anda menganggapnya tidak penting. Jika bercakap dengan seseorang yang tidak dikenali, gunakan gelaran yang sesuai seperti cik, encik atau puan. - Manfaatkan pujian dan kejayaan anda untuk faedah umum
Mesti diingati, pujian adalah satu kuasa. Kembangkan pujian yang diterima dengan bijaksana. Gunakannya untuk menggerakkan anda ke arah kerja yang lebih baik.
UTAMAKAN PERKHIDMATAN UNTUK MENAMBAHKAN PENDAPATAN
Ini adalah amalan yang amat baik untuk menambahkan wang dan mengumpulkan kekayaan. Wang adalah kuasa untuk memberikan anda dan keluarga kehidupan yang baik. Wang adalah kuasa untuk membantu orang yang tidak bernasib baik di samping satu daripada matlamat untuk kehidupan yang lebih sempurna.
Utamakanlah khidmat dan wang sebagai ganjarannya. Secara ringkas, amalkan sikap yang dapat membawa anda ke arah kejayaan iaitu:
* Timbulkan sikap ‘saya bersemangat dan berkeupayaan’. Ini akan membuahkan hasil yang begitu menggalakkan. Tiga perkara penting yang perlu dilakukan untuk mencapainya:
- Selami secara mendalam terhadap sesuatu yang dilakukan. Apabila mendapati diri anda didatangi masalah, kaji dan belajar dengan gigih mengenainya.
- Tonjolkan sikap-sikap peribadi anda.
- Senyuman, berjabat tangan, percakapan dan sebagainya hinggakan cara anda berjalan. Hidupkan aksi-aksi anda ini sebaik mungkin.
* Hebahkan berita baik. Tidak ada seorang individu yang fikirkan sesuatu yang positif dengan tersebarnya berita yang buruk.
* Amalkan sikap ‘anda adalah penting’. Orang lain akan lebih mengambil berat terhadap anda apabila anda membuatkannya merasa penting. Dua perkara yang perlu diingati:
- Buat penghargaan pada setiap masa yang sesuai.
- Buatkan orang lain merasa diri mereka penting.
* Panggil seseorang dengan namanya.
* Amalkan sikap utamakan perkhidmatan dan wang sebagai ganjarannya.
* Jadikan ia sesuatu peraturan dalam apa jua yang anda lakukan. Buktikan sesuatu hasil daripada tindakan anda pada seseorang apa yang tidak mereka sangka akan memperolehinya.
No comments:
Post a Comment